Buat menu Stuff’d kat rumah
Ahad, 23 November 2025, 1:45 pm
Dah jumpa pengganti avocado.

Selalunya orang letak avocado, tapi saya tak ada buah tu, jadi saya buat #resipi sendiri, tukar kepada isi buah labu, kebetulan ada dalam peti sejuk. Caranya, masak buah labu secara rebus dengan sedikit garam & ikan pusuk. Isi labu yang dah lembut tu dapat dibubuh jadi base pada tortilla untuk menggantikan avocado.

Roti tortilla saya guna brand Mission perasa potato. Inti² lain saya letak tomato ceri, hirisan bawang merah, nugget ikan Ramli & sos cili paket McD. Nugget ikan tu saya masak pakai air fryer. Lepas tu gulung & toast guna fry pan atas induction cooker, tanpa minyak. Induction cooker kena pakai level paling rendah, supaya tortilla tak masak terlalu cepat sampai hangit.
Tapi memang cun lah letak isi labu, sebab bila #makan rasa manis & tekstur lembut labu tu padan dengan kulit tortilla yang sedikit rangup kena toast, nugget ikan yang umami & bawang merah mentah yang kuat aromanya.


18 November 2025


