Ingatkan beras saja ada kutu, ini kutu makaroni 🤢
Makaroni dari brand P ni belum lagi expired, mungkin stok lama, plastik pakej pun ada renyuk² sikit.
Makaroni dari brand P ni belum lagi expired, mungkin stok lama, plastik pakej pun ada renyuk² sikit.
Taman ini juga dikenali sebagai tapak pesta kaul #Mukah. Pesta kaul adalah perayaan tradisi yang disambut orang Melanau setiap tahun ⁽¹⁾, asalnya bagi menenangkan roh semangat laut, darat dan hutan. Namun pada masa kini, perayaan ini disambut bagi mengekalkan tradisi temurun.
Sri Pahang vs Sabah - Selepas Dollah Salleh mengambil alih tugas sebagai pengendali Sri Pahang ⁽¹⁾, sudah nampak hasil yang memberangsangkan. Seri pada perlawanan sebelumnya menentang Melaka Utd, kemudian dalam perlawanan ini, berjaya memperoleh kemenangan pertama untuk musim ini.
Dalam episod 543 & 544, 2-3 minggu lalu, ahli #RunningMan bermain game saham, guna duit mainan tapi menggunakan maklumat harga saham yang sebenar. Harga saham² dari syarikat IT, syarikat hiburan, bioteknologi, makanan & perkapalan diambil dari tahun 2011 hingga 2020.
Hujung tahun lalu, telah diadakan sambutan bicentennial, 200 tahun sejarah pekan Bau ⁽¹⁾. Monumen berwarna krom dengan keratan bentuk burung ini melambangkan kebebasan dan keharmonian 3 kaum utama di #Bau, iaitu Bidayuh, Melayu dan Cina.
Penang vs Kedah - keadaan padang becak banyak merencatkan pergerakan. Kemasukan Azamuddin Akil membuahkan hasil apabila umpanannya menghasilkan jaringan ‘sambil duduk’ oleh Kpah Sherman 😂 ⁽¹⁾.
“Kachak taon pehin seri in de midel op nowey. Ada taman gik sia.” 😂
Enjin 0.6L turbo, EF-VET, gearbox B-CVT (bunyi CVT), jadi laa, warna special tu #Perodua tak lagi jual 😆.
JDT vs Penang - walaupun turun dengan kesebelasan yang sama ketika menentang Kedah untuk Piala Sumbangsih, JDT agak bergelut untuk mencari jaringan, oleh kerana disiplin tinggi pertahanan Penang ⁽¹⁾.
Biasanya hari Jumaat baru diumumkan harga baru untuk tempoh hari Sabtu hingga Jumaat minggu depan.