Buat tyre rotation lagi, dah lebih 10,000 km
Rabu, 14 Oktober 2020, 5:15 pm0
Bulan Mac lalu semasa mileage #kereta #vivaturbo dalam 110,000 km dah buat tyre rotation (https://azwan082.my/post/44/), sekarang dah lebih 123,000 km, #tayar kena di-rotate depan belakang.
Untuk kenderaan pacuan roda depan (front wheel drive), tayar depan kiri & kanan di bawa ke belakang, dengan dikekalkan kedudukan kiri & kanan. Tayar belakang pula dibawa ke depan, dan disilangkan, tayar belakang kiri bawa ke kanan depan & belakang kanan bawa ke kiri depan.
Sebelum ni saya ada sebut plan nak tukar guna rim Axia dengan tayar nipis sedikit (https://azwan082.my/post/6406/), tapi lepas Google, tayar saiz 175/55 ni susah sikit nak cari. Jadi mungkin kekal guna saiz standard, 175/65, lebih mudah nak cari tayar sebab Axia, Bezza & Myvi semua pakai saiz yang sama untuk rim 14”. Tapi tayar belakang mungkin akan sagat fender bila bawa barang berat (https://azwan082.my/post/41/), jadi saya terfikir kalau tukar spring yang lebih keras, spring Alza mungkin boleh solve problem ni? Komen² sikit.
15 Oktober 2020
Jumpa pun air tin Milo versi tahun 70-an
13 Oktober 2020