Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Beranda ini sudah kembali menjadi ruang yang berguna (usable space)

122143702_187974662772351_1502177507683094683_n.jpg
122396356_187974689439015_6797153219524586671_n.jpg

Jumaat, 23 Oktober 2020, 12:30 pm0

Sebelum ini, beranda ni jadi tempat menyimpan barang² yang dah rosak & tak dapat dipakai lagi. Habis segala kotoran, habuk, tanah berkumpul di sini, hinggakan jadi tempat kucing membuang hajat & tempat mereka simpan hasil buruan (burung & tikus mati).

Dari mula PKPP bulan 7 lalu (https://azwan082.my/post/3465/), saya mula bersihkan tempat ni dan buang atau jual (https://azwan082.my/post/6274/) barang² yang tak dapat dipakai lagi.

Disebabkan beranda ni ada ruang yang terbuka, saya pasang penutup menggunakan kayu sebagai rangka & jaring dawai, bagi mengelakkan kucing atau burung datang masuk & buat kotor lagi. Penutup ini sementara saja, sebab nanti² ada lagi projek lain.

Ruang beranda ini sekarang dapat digunakan untuk menyidai pakaian, dan saya pasang sinki dengan sambungan paip dibuat dari paip di tingkat bawah , untuk cuci pinggan, cuci tangan, berus gigi dan lain². Nanti nak cuba resipi pun dapat buat kat sini terus.

Ini maksud yang saya tekankan berkenaan cara hidup & masalah hoarding disorder (https://azwan082.my/post/10/). Kebanyakan ruangan dalam rumah dibazirkan dengan menyimpan barang² terpakai, dah lama yang kita sendiri tak tahu bila akan digunakan lagi, sebab diri rasa terlalu sayang nak buang barang² tersebut. Apabila kita buang rasa nak simpan segala barang terpakai (hoarding), kita akan dapat balik ruang yang terbazir tadi, dan dimanfaatkan untuk kegunaan lain yang lebih praktikal, seperti dijadikan dapur dan tempat jemuran seperti yang saya buat ini.

Banyak kali dah kucing naik ke sini nak masuk tapi dah tak dapat dahhh… 😿

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/187974709439013/

Tulis komen: