Lepas kandang jumpa skandal 😹
Sekali-sekala si nuning #emau ni dilepaskan dari kandang a.k.a banglo kucing. Benda pertama dia buat lepas keluar - pergi ke rumah sebelah, berkelah² dengan kucing jiran 😆.
Sekali-sekala si nuning #emau ni dilepaskan dari kandang a.k.a banglo kucing. Benda pertama dia buat lepas keluar - pergi ke rumah sebelah, berkelah² dengan kucing jiran 😆.
Orang tengah buat wiring kereta si #emau ni ikut check, tengah buka karpet & cuci² dalam Unser pun dia jadi tukang inspect ⁽¹⁾.
Jalan Sabah-Sarawak (SSLR) baru saja nak mula dibina bulan ni ⁽¹⁾, nak kena tunggu 5 tahun lagi baru siap, itu pun kalau ikut jadual. Kalau ikutkan rekod, projek² pancing undi macam ni selalunya 10 tahun lepas umum pun tak confirm siap, lihat #jalan Matang-Malihah & Hospital Petra Jaya 🤷♂️. Oleh itu, ini langkah pertama nak cuba cari sendiri jalan ke Limbang guna jalan sawit & jalan balak, upgrade #kereta Unser jadi offroader.
Si #emau ni, dapat setahun lalu masih kecil lagi ⁽¹⁾, sekarang dah 2 kali beranak. Anak dia beberapa bulan lalu ⁽²⁾ semua mati sebab dia selalu dipindah²kan. Kucing bila nak angkat anak, dia gigit belakang leher anak dia kemudian bawa secara menggonggong. Bila dibawa melompat naik turun tempat tinggi, itu menyebabkan kecederaan leher, yang jadi punca anak kucing mati.
Kelmarin Rirang girl camper dari Korea ada buat live dari campsite dekat Seoul. Bagi yang belum pernah tengok video Rirang lagi, dia banyak buat travel style backpacker & berbasikal. Lokasi #camping dia pula sama ada di campsite yang ada deck, ataupun ikut style wilderness / dalam hutan belantara. Video² dia pula diedit macam rancangan #candawara Korea, ada sedikit macam 2 Days 1 Night season 1.
Kemudahan pergerakan untuk individu lengkap #vaksin berkuatkuasa mulai hari ini ⁽¹⁾. Lengkap vaksin bermaksud:
#YDPA mengeluarkan proklamasi darurat untuk negeri Sarawak, bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 ⁽¹⁾. Ini berikutan DUN Sarawak yang sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, dan #pilihanraya negeri wajib diadakan dalam tempoh 60 hari, tapi dalam keadaan pandemik #Covid19 sekarang, tak dapat nak keluar buang #undi, nak rentas daerah balik kampung apatah lagi, dan dengan itu darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan pembubaran DUN & pilihanraya negeri ditangguhkan ⁽²⁾.
Malam tadi dah mula promosi jualan Shopee 6.6, ramai yang komplen ShopeePay tak dapat pakai, lepas topup, kredit tak masuk², pastu tak dapat nak pilih ShopeePay untuk membayar ⁽¹⁾.
Lahir 3 ekor, seekor mati, tinggal yang warna belang sikit hitam putih & belang 3 warna.
Dulu² masa saya masih sekolah, bangunan #pasaraya ni asalnya adalah Choice Super Mall. Lepas tu kena roboh & dibina Giant Petra Jaya.