Mencuba isi ayam vegan sambil camping live bersama Rirang girl camper

240457932_368066291429853_4305031919863940789_n.jpg

Khamis, 26 Ogos 2021, 2:00 pm

Mencuba isi ayam vegan sambil camping live bersama Rirang girl camper.

Kelmarin Rirang girl camper dari Korea ada buat live dari campsite dekat Seoul. Bagi yang belum pernah tengok video Rirang lagi, dia banyak buat travel style backpacker & berbasikal. Lokasi dia pula sama ada di campsite yang ada deck, ataupun ikut style wilderness / dalam hutan belantara. Video² dia pula diedit macam rancangan Korea, ada sedikit macam 2 Days 1 Night season 1.

Bagi yang dah tengok video Rirang, pasti kenal yang rempuan ni jenis peminum, setiap kali camping mesti bertin² air beer dia bawa. Kalau tak beer, mesti ada makgeolli la, soju la, mekju la, tequila la~.

Selalunya dia pergi camping sorang², pergi bermalam kat gunung & gua pun sorang², memang berani. Dalam live kelmarin pun, sedikit lagi terpijak ular, sempat lagi cari kamera nak ambil video 😰.

Tapi part yang best tengok video Rirang ialah bila ada ikut sekali bercamping. Ada sekali si nuning kesejukan datang cari tempat hangat, pastu tidur dalam sleeping bag ⁽¹⁾. Pastu dalam episod lain, ada seekor si comot ni datang minta makan sampai bila habis sotong diberi, ikan salai yang jadi dinner Rirang pun dia nak jugak ⁽²⁾. Pernah juga ada kucing yang datang curi sotong kering ⁽³⁾ 😼.

Saya suka mencuba daging yang dijual kat supermarket, nak tahu bagaimana beza rasanya dengan daging sebenar. Lain pengeluar, lain hasil & kualiti daging vegan yang dibuat. Pernah saya cuba daging ayam vegan slice, masak dalam toaster oven, tapi hasil & rasanya macam keropok lekor yang nipis. Ada juga daging mutton vegan, juga masak dalam toaster oven, dan rasanya macam makan cucur mushroom, bentuk pun bulat² macam cucur.

Yang daging ayam vegan ni, brand Sincerely, unik sikit. Tekstur isi & rasanya sangat sama dengan isi ayam sebenar. Tengok senarai bahan, hanya tepung gandum dengan perasa (gula, garam, rempah), tapi dapat juga menghasilkan rasa yang sama macam ayam sebenar. Dah la kat ketul ayam tu ada dibuat macam kulit ayam, kalau tak dibagitau, mesti ingat ni isi ayam sebenar 🍗.

P.s: muka Rirang tu nampak macam JooE Momoland 😅.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=t0vEuv1xuGM
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=yCM-7nTmH4o
⁽³⁾ https://www.youtube.com/watch?v=jRakDGoTdTU

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.