29 Oktober 2020, 12:45 pm
Harga dia kira murah, RM5 saja, tapi isipadunya agak kurang. Hanya ada 9 potongan #sushi dengan inti sosej, telur goreng, timun & lobak merah, semuanya hirisan kecil, nasi pun nipis saja. Tambahan pula, tak ada paket kicap sushi diberi.
#makan
#sushi
22 Oktober 2020, 1:15 pm
Bahan² yang saya guna untuk buat #resipi salsa ni: tomato, bawang besar, bawang putih, daun sup, cili besar, lemon tempatan & serbuk perasa daripada mi Maggi ayam.
#makan
#resipi
15 Oktober 2020, 11:31 am
Selalunya kalau nak buat #sushi atau #kimbap, ramai fikir kena pakai bahan² yang khas, mahal atau import. Di sini saya nak tunjukkan boleh saja buat #resipi sushi guna bahan² ringkas yang mudah didapati di kebanyakan pasaraya.
#kimbap
#makan
#resipi
#sushi
14 September 2020, 12:30 pm
Saya bagi 7/10, sedikit pedas, ayam goreng berminyak dengan kulit berlemak tu yang buat rasa sedap tu, tapi tak dapat selalu #makan, naik balik kolestrol nanti. Kalau ada rasa pening² nak pitam waktu bangun berdiri dari duduk walaupun tak mengejut, tu tanda kolestrol tinggi tu 😨.
#makan
26 Ogos 2020, 11:20 am
Harganya dalam RM8, kira ok lah. Kuantiti pun ok. Saya suka sayur ulam dia banyak, daun ubi kayu dan kobis, dicelur dalam air panas. Cuma yang kureng adalah sambal dia pedas sangat 🥵. Tak dapat #makan sambal ni, takut nanti datang balik gastritis.
#makan
25 Ogos 2020, 11:50 am
Ini nasi ayam krispi thai, kat food court Emart Batu Kawa (https://goo.gl/maps/uEFZnYGR8F6CnsT58), harga dalam RM6.80, berbaloi sebab isipadu makanan banyak.
#makan
24 Ogos 2020, 10:50 am
Saya beli kat food court Boulevard shopping mall (https://goo.gl/maps/4kqCwzbcv6ENdwaV9), harga dia hanya RM5 🙀.
#makan
10 Ogos 2020, 10:05 am
Mula dari bawah,
#emau
#makan
8 Julai 2020, 9:20 pm
Belum diketahui lagi bagaimana nasi goreng yang dibungkus dengan telur goreng ni boleh dapat nama pattaya.
#makan
#Serian
5 Julai 2020, 10:10 am
Kerbau dalam English adalah nama salah satu baka buffalo, iaitu carabao ataupun swamp-type buffalo. Kerbau asalnya dari Filipina.
#Limbang
#makan
#Serian