17 Mac 2021, 2:00 pm
Dalam episod 543 & 544, 2-3 minggu lalu, ahli #RunningMan bermain game saham, guna duit mainan tapi menggunakan maklumat harga saham yang sebenar. Harga saham² dari syarikat IT, syarikat hiburan, bioteknologi, makanan & perkapalan diambil dari tahun 2011 hingga 2020.
#RunningMan
11 Januari 2021, 11:50 am
Perjalanan kali ini melalui beberapa kawasan perindustrian, seperti Demak Laut, Pending, Muara Tabuan & Sama Jaya. Dekat BCCK ada kawasan perindustrian Bintawa, tapi tak #jalan masuk.
#dashcamdrive
#jalan
#RunningMan
5 Oktober 2020, 2:30 pm
Dalam episod ini, 4 orang ahli Running Man menyertai cabaran tarian hula dari Hawaii. Antara perkara yang perlu dipelajari ialah mengekspresikan emosi hanya melalui wajah. Cikgu yang mengajar meminta mereka menunjukkan contoh bagaimana emosi itu disampaikan.
#RunningMan
27 Ogos 2020, 3:30 pm
Dulu² waktu kecil kalau ada masih ingat gameshow Istana Takeshi, final game diorang selalu main tembak pistol air. Setiap peserta dan konco² bos Istana Takeshi akan ada helmet dengan kertas bulat kat helmet masing², siapa yang kertas tu berlubang kena tembak, akan terkeluar. Untuk bos selalunya ada kertas target yang tidak adil - tinggi sangat la, besar sangat, pistol lagi besar la, sampai rasanya macam tak pernah tengok ada peserta yang menang 🤔.
#RunningMan
11 Julai 2020, 10:30 am
Tidak banyak program candawara yang bertahan selama lebih 10 tahun. Selain #RunningMan, program lain yang berjaya bertahan adalah Infinite Challenge, yang bersiaran sejak 2005 dah pun tamat 2 tahun lalu.
#RunningMan
1 Jun 2020, 9:30 am
Kalau diperhatikan design pakaian yang dipakai Nayeon untuk comeback album #kpop Twice yang release hari ni, More & More, nampak macam ada elemen design & corak #fesyen tradisional Dayak sikit. Mungkin jugak elemen orang asli Amerika Selatan. Twice kata kali ni mereka membawa konsep hippy look, entah la, mata saya nampak jenis design indigenous people. Mungkin fashion designer boleh ulas sikit.
#fesyen
#Gawai
#kpop
#RunningMan
#트와이스
11 Mei 2020, 5:40 pm
Semua tahu Putin, tapi nama depan tu majoriti tak ingat. Hint dia, 5 suku kata dlm tulisan Korea, dia akhiri dengan suku kata ‘-r’.
#RunningMan