Tepi laut semua sesak minggu lalu
Isnin, 18 Oktober 2021, 8:35 pm
Jalan utama menuju ke #Santubong jem, kereta berbaris nak menuju ke sana. Jalan menerusi wetland (lingkaran Semariang) pun banyak kereta guna, biasanya kosong jak #jalan tu.
Isnin, 18 Oktober 2021, 8:35 pm
Jalan utama menuju ke #Santubong jem, kereta berbaris nak menuju ke sana. Jalan menerusi wetland (lingkaran Semariang) pun banyak kereta guna, biasanya kosong jak #jalan tu.
Ramai ambil kesempatan hujung minggu ke tepi pantai tengok air laut & matahari terbenam. Saya join sekali nak practise #fotografi matahari terbenam 📸.
Dulu kalau nak ke Pantai Puteri ⁽¹⁾, dari #jalan masuk pergi lurus saja, kalau ambil kiri akan masuk dalam Kpg #Santubong. Tapi sekarang jalan terus tersebut dah tutup jadi private property, kena guna jalan lencongan baru ke sebelah kanan.
Dah lama tak #jalan kat Kpg #Santubong, pantai kat sini pun dah banyak berubah. Nampak macam ramai yang singgah kat pantai ni, daripada kereta yang banyak parking tepi jalan.
Lokasi: Damai Central, #Santubong. Kawasan pantai, kedai & restoran masih buka time #MCO pemulihan sekarang, cuma jalan masuk dihadkan, hanya boleh masuk dari satu lorong di bangunan utama Damai Central.
Pemandangan ini dapat dilihat melalui #jalan arah dari Demak Laut ke Demak Jaya. Tempat ini menjadi salah satu hotspot untuk kaki pancing. Sambil tangkap ikan sambil tengok matahari terbenam & beri makan nyamuk 🦟.
Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai - #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.
Pemandangan gunung Santubong ni dapat dilihat melalui Jalan Lingkaran Semariang, #jalan dari kawasan Taman #Semariang Aman hingga ke simpang menuju ke #Santubong. Kawasan ni kiranya masih baru lagi, terdapat banyak projek perumahan baru dibuka dan dalam pembinaan.