3 September 2022, 9:40 am
Pagi berkumpul di Eco Galleria. Konvoi ke Desaru dibatalkan, terus ke Eco Tropics, tapi saya pergi merayau nak shopping souvenir, hujung² sesat 😅. Nasib baik sempat join dinner & penutup event di Eco Palladium.
#dashcamdrive
#evoclub
1 September 2022, 12:55 pm
Dari Penang lepas waktu kerja, bermalam di Tapah. Keesokan harinya terus ke Johor Bahru untuk sertai Evoclub Southern Siege Drive.
#dashcamdrive
#evoclub
15 Mac 2022, 11:55 am
Ini #dashcamdrive pertama kat Penang, tak pasti kalau ini yang terakhir, sebab lepas ni nak buat video format lain pulak. Jejambat tertinggi di Malaysia ni ⁽¹⁾ tak jauh dari apartment saya diam, lepas keluar dari gate, belok kanan naik bukit sikit terus sampai.
#dashcamdrive
16 Oktober 2021, 12:55 pm
Part terakhir ini saya drive dari Aiman Mall di Kota Samarahan, balik ke permulaan loop ini ⁽¹⁾ di Petronas Sg Maong, di Batu Kawa.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
13 Oktober 2021, 5:55 pm
Part ke-3 ini Abe pergi ke tiga lagi ruang rahsia dalam Rupture Farms untuk selamatkan saki baki Mudokon yang tinggal. Berdasarkan info pada website Fandom, di lokasi rahsia terakhir, saya kena selamatkan 3 ekor Mudokon saja, tapi pada paparan #game saya hanya selamatkan 24 ekor.
#game
#Oddworld
9 Oktober 2021, 12:55 pm
Rabu lalu, pergerakan antara daerah dah tak perlu permit lagi ⁽¹⁾. Jadi benda pertama nak buat ialah lengkapkan siri dashcam drive BKSS loop ni, tinggal 2 part saja lagi.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
6 Oktober 2021, 5:55 pm
Kalau diikutkan #game yang saya dah main setakat ini, saya dah kat level Scrabania, tapi bila check kat website Fandom Oddworld ⁽¹⁾, rupa² banyak ruang rahsia untuk setiap level. Jadi mula part ini, saya main dengan merujuk kepada info pada website tersebut, untuk menyelamatkan sebanyak mungkin Mudokon.
#game
#Oddworld
29 September 2021, 5:55 pm
Ini antara #game yang saya suka main dulu zaman PS1. Ia sejenis game single player, yang mana anda bermain sebagai makhluk spesis Mudokon bernama Abe dalam dunia dinamakan Oddworld.
#game
#Oddworld
17 Julai 2021, 2:00 pm
Kali ni sambung dari Jambatan Batang Sadong, ke TKK Mart #Asajaya. Bagi yang jarang guna jalan ni, mungkin tak tahu ada shortcut tak perlu menuju ke Sadong Jaya, selepas Sg Terasi Kecil, belok ke kiri. Google Maps pun tak tahu jalan ni, asyik suruh U-turn jak.
#Asajaya
#BKSSLoop
#dashcamdrive
10 Julai 2021, 2:00 pm
Sambung lagi berjalan dari Boiler #Simunjan, menuju ke pekan Simunjan. Satu²nya kawasan tumpuan di sini adalah Taman Rekreasi Gunung Ngeli. Belum pernah lagi sampai sini, tak tau la tempat ni masih ok ataupun kemudahan dah usang, macam kat Pantai Tanjung Lobang ⁽¹⁾.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#Simunjan