Pantai Tanjung Lobang, Miri, dalam album panorama 360

153053437_256008799302270_2116865808232089261_n.jpg

Rabu, 24 Februari 2021, 4:15 pm1,269

Dulu² kalau ke , mesti ramai melancong ke Pantai Tanjung Lobang. Di pantai ini ada tanjung berbatu, yang mana pengunjung dapat berjalan dari pantai ke sana untuk bergambar & lepak² ambil angin.

Hujung tahun lalu semasa saya melawat ke sini, keadaan laut sangat bergelora, ombak besar di pantai menyebabkan tak dapat untuk ke tanjung tersebut.

Sekarang keadaan di kawasan pantai nampak semakin usang, dengan tebing yang semakin terhakis oleh ombak besar & kemudahan awam yang banyak dah roboh & tidak diselenggara.

Walaupun begitu, berdekatan sini masih banyak gerai², kedai makan, restoran & medan selera yang terletak pada jarak yang tidak terlalu dekat dengan tepi pantai yang semakin terhakis.

Tengok persekitaran tempat ini secara menyeluruh di album ini, untuk fahami apa yang saya maksudkan:

Beberapa hari selepas saya ke sini, ada berita tentang bom lama dijumpai ⁽¹⁾ di pantai ini 😱.

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2021/01/05/polices-bomb-squad-destroys-bomb-found-at-tanjung-lobang-beach/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/256008829302267/

Pingback: Luak Esplanade, Miri, dalam album panorama 360

Pingback: Limpas Simunjan ke Tanjung Harapan, BKSS Loop part 12

Tulis komen: