Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jumpa ruang rahsia kat Rupture Farms

Rabu, 6 Oktober 2021, 5:55 pm0

Kalau diikutkan yang saya dah main setakat ini, saya dah kat level Scrabania, tapi bila check kat website Fandom Oddworld ⁽¹⁾, rupa² banyak ruang rahsia untuk setiap level. Jadi mula part ini, saya main dengan merujuk kepada info pada website tersebut, untuk menyelamatkan sebanyak mungkin Mudokon.

Video part ke-2 ini saya bermain sebagai Abe, pergi balik ke permulaan jalan di Rupture Farms dan masuk ke tiga ruang rahsia untuk selamatkan kesemua Mudokon di ruang tersebut. Sebelum berjalan balik, kena ambil bom kat laluan sebelum keluar dari Rupture Farm supaya dapat letupkan jerangkap samar atau Slig yang menghalang. Pastu, kalau nak suruh Mudokon tu ikut ke tingkat bawah, kena panggil ‘follow me’ dua kali, baru dia ikut.

Tengok video gameplay ini di :

▶ https://youtu.be/xGzDAwK683g

⁽¹⁾ https://oddworld.fandom.com/wiki/Stockyard_Escape_(Abe%27s_Oddysee)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/393016528934829/

Tulis komen: