Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jejambat Bukit Kukus setinggi 60 meter, tertinggi di Malaysia

273936601_473927367510411_1641999315937770815_n.jpg
273925162_473927394177075_3012727348609955543_n.jpg

Ahad, 13 Februari 2022, 9:30 pm0

Tiap hari saya guna laluan ni sebab rumah sewa kat Paya Terubong. Dari lampu trafik ni, lurus terus sampai.

Belok kiri akan ke Balik Pulau. Ada berita pasal banjir sebab air bertakung kat ni ⁽¹⁾, berlaku kat laluan ke Balik Pulau ni lah, kat bahagian kiri gambar.

Kalau waktu selepas hujan atau awal pagi, boleh nampak kabus awan bergerak naik dari bawah jejambat, seperti gambar ke-2.

Sebelum adanya laluan ni, nak drive balik kerja sangat memenatkan, sebab semua kenderaan berebut guna jalan 2 lorong yang sempit & berliku² naik bukit menuju ke Air Itam.

Pernah beberapa kali trafik merangkak naik bukit, dah la waktu tu drive kereta manual, betis jadi besar sebelah 😅.

Sekarang dah ada laluan 4 lorong dari jalan Bukit Jambul, jadi dapatlah memotong kenderaan yang perlahan dengan selamat.

Tak ada lagi bas kilang memotong dari kiri, ambil ruang sebesar lorong motosikal jak. Cuma kat jalan dari Relau saja bas kilang masih gila².

Walaupun muncul kritikan susulan daripada kes banjir air bertakung ⁽²⁾, tapi bagi saya sebagai pengguna, jalan ini banyak membantu mengurangkan kesesakan trafik pada waktu kemuncak (rush hour).

Sebab tu jugak dulu saya suka balik lewat sebab tak nak menghadap jalan jem. Setakat air bertakung tak ada apa sangat.

Cuma bila lalu kat bahagian tebing batu & tengok ke atas lereng bukit yang ditarah, ada rasa risau sikit, takut² ada batu bergolek jatuh ke jalan 😨.

⁽¹⁾ https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/02/05/bukit-kukus-paired-road-flooded-due-to-evening-downpour
⁽²⁾ https://www.facebook.com/100044414744486/posts/496188808538273/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/473927467510401/

Pingback: Dashcam Drive Jejambat Bukit Kukus → Anjung Indah, Penang

Tulis komen: