Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Google Map pun tak tau jalan shortcut ni, BKSS Loop part 13

Sabtu, 17 Julai 2021, 2:00 pm0

Kali ni sambung dari Jambatan Batang Sadong, ke TKK Mart . Bagi yang jarang guna jalan ni, mungkin tak tahu ada shortcut tak perlu menuju ke Sadong Jaya, selepas Sg Terasi Kecil, belok ke kiri. Google Maps pun tak tahu jalan ni, asyik suruh U-turn jak.

Secara umum keseluruhan jalan tak berapa memuaskan, banyak jalan tak rata, yang dah ditar semula pun tenggelam balik kena pijak tayar lori besar. Tanah di kawasan sini juga majoriti tanah gambut, menjadi antara faktor kenapa jalan di sini banyak yang bergelombang.

Di sini juga terdapat banyak kampung & rumah di tepi jalan, jadi banyak juga orang ramai berjalan di tepi jalan utama, serta moto & kereta penduduk bergerak perlahan. Disebabkan jalan ini sebahagian daripada jalan pesisir yang menghubungkan dari Kuching ke Sibu, jadi banyak juga kenderaan yang laju² menggunakan laluan ini.

Tengok video ni kat :

▶ https://youtu.be/LGTkwLA6JYM

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/342711047298711/

Tulis komen: