Limpas Simunjan ke Tanjung Harapan, BKSS Loop part 12

Sabtu, 10 July 2021, 2:00 pm

Limpas Simunjan ke Tanjung Harapan, BKSS Loop part 12.

Sambung lagi berjalan dari Boiler , menuju ke pekan Simunjan. Satu²nya kawasan tumpuan di sini adalah Taman Rekreasi Gunung Ngeli. Belum pernah lagi sampai sini, tak tau la tempat ni masih ok ataupun kemudahan dah usang, macam kat Pantai Tanjung Lobang ⁽¹⁾.

Selepas pekan Simunjan, keadaan jalan sini teruk, melambung² rasa duduk dalam kereta, sebab banyak permukaan jalan yang mendap tidak sekata sehingga jalan jadi tak rata. Rasanya dah berkali² kena baiki & tar balik, tapi lepas setahun dua, mendap balik jalan ni. Mungkin sebab kaedah pembinaan yang tak sesuai memandangkan tempat ini merupakan majoriti kawasan tanah gambut.

Video kali ni berakhir di sebelum Jambatan Batang Sadong ⁽²⁾, yang merupakan jambatan terpanjang merentas sungai di Borneo ⁽³⁾. Tengok video ni di :

▶️ youtu.be/pQAq8812sNE

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/02/pantai-tanjung-lobang-miri-dalam-album-panorama-360
⁽²⁾ azwan082.my/2021/04/taman-komuniti-simunjan-dalam-album-panorama-360
⁽³⁾ sarawakvoice.com/2016/08/28/jambatan-batang-sadong-terpanjang-di-borneo-boleh-diguna-awal-siap-secara-rasmi-15-sept-ini

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: