Ini baru betul Journey To Sarikei, part 1
Dulu² waktu zaman Friendster, pernah viral video yang menggunakan potongan filem dengan voice dubbing berbahasa Melayu Sarawak, yang dinamakan Journey to Sarikei.
Dulu² waktu zaman Friendster, pernah viral video yang menggunakan potongan filem dengan voice dubbing berbahasa Melayu Sarawak, yang dinamakan Journey to Sarikei.
Part terakhir dalam siri #dashcamdrive Raon Kuching, ada melintas jejambat batu 4 dalam pembinaan, pastu ada lalu beberapa shopping mall seperti Aeon Mall, dan The Podium yang juga masih dalam pembinaan.
Jalan Datuk Mohd Musa, sebelum ini dikenali sebagai jalan Muara Tuang, sekarang dalam proses menaiktaraf daripada jalan 2 lorong kepada 4 lorong.
Expressway #Kuching - #Samarahan ini adalah #jalan utama menghubungkan Kota Samarahan dengan Bandaraya Kuching. Ada 4 bulatan dibina sepanjang expressway ini, yang saya lalui dalam video, ada antaranya digelar bulatan terbesar di Malaysia, dan ada juga digelar bulatan sebesar bandar Kapit 😅.
Perjalanan kali ini melalui beberapa kawasan perindustrian, seperti Demak Laut, Pending, Muara Tabuan & Sama Jaya. Dekat BCCK ada kawasan perindustrian Bintawa, tapi tak #jalan masuk.
Hujung minggu biasanya #jalan agak lengang. Kalau cuaca baik, ramai pengayuh basikal menunggang di sekitar jalan dalam bandar, sebagai senaman mingguan.
Bersambung dari part 1 sebelum ini (https://azwan082.my/post/8313/), saya bermula dari simpang jalan ke Kpg Kolong, menuju ke Kpg Matang, kemudian jalan ke Politeknik, pastu jalan FAC, masuk simpang ke Sampadi, berakhir di pintu masuk Matang Wildlife yang tengah tutup sekarang.
Laluan ini bermula dari pekan Tondong, mengelilingi Gunung #Serapi, sehinggalah ke Matang Wildlife Center. Untuk part 1 ini, saya melalui kawasan sekitar Kpg Apar, Singai, simpang ke Sungai Moyan, Sungai Tengah, Kpg Kolong dan berakhir di simpang #jalan Matang. Jalan ini jugak yang saya selalu guna untuk fun drive waktu PKP mula dilonggarkan bulan Mei lalu (https://azwan082.my/post/2641/).
PKP bersyarat di Kuching dilanjutkan hingga Jumaat, 27/11, tapi mungkin akan ditamatkan awal jika kes baru menunjukkan trend menurun ⁽¹⁾.
Dalam tempoh pandemik sekarang, kalau tak dapat datang ke #Kuching, video ini akan membawa anda rasa seperti pelancong yang tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching, berjalan ke tempat tumpuan pelancong di pusat bandaraya.