Ini baru betul Journey To Sarikei, part 1

Jumaat, 5 Februari 2021, 4:50 pm672

Dulu² waktu zaman Friendster, pernah viral video yang menggunakan potongan filem dengan voice dubbing berbahasa Melayu Sarawak, yang dinamakan Journey to Sarikei.

Bukan setakat dialog, bunyi kereta, bunyi pintu dibuka semua guna suara manusia. Kreatif juga sampai banyak video parodi dibuat menggunakan idea yang sama.

Daripada tajuk video itu, saya namakan siri kali ini Journey To Sarikei. Perjalanan dari , Sri Aman hingga Sarikei, menggunakan jalan dalam pembinaan.

Untuk part 1, saya memandu dari Petronas Sri Aman ke Terminal Bas Jelukong. Jalan di sini merupakan sebahagian daripada pakej Pan Borneo WPC 04, Simpang Pantu ke Batang Skrang. Kat Jelukong juga nanti ada dibina R&R untuk lebuhraya ini.

Pemanduan kat jalan raya dalam pembinaan ni agak mencabar, sebab banyak jalan berbatu & lencongan. Sambil ke Sarikei, saya ada singgah beberapa tempat di sepanjang perjalanan untuk mengambil gambar panorama 360, tu yang kena memandu ‘kasar’ sikit, kalau tak, lambat sampai ke Sibu 😅.

Tengok video ni di :

▶ https://youtu.be/UV953MwHgiU

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/244605570442593/

Pingback: Kadar penggunaan petrol 4 bulan lepas bolt-on turbo

Pingback: Kadar penggunaan petrol 4 bulan lepas bolt-on turbo

Tulis komen: