Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dua tahun lagi kita tengok apa perubahan pada jalan ini, Raon Kuching part 4

Isnin, 25 Januari 2021, 1:55 pm0

Jalan Datuk Mohd Musa, sebelum ini dikenali sebagai jalan Muara Tuang, sekarang dalam proses menaiktaraf daripada jalan 2 lorong kepada 4 lorong.

Projek menaiktaraf jalan sepanjang 11.6 km ini dianggarkan menelan belanja RM180 juta, dan dijadualkan siap pada tahun 2023 ⁽¹⁾. Terdapat banyak taman perumahan & beberapa buah sekolah di laluan ini yang sering menyebabkan kesesakan terutamanya semasa waktu kemuncak – pergi balik sekolah & pergi balik kerja.

Jalan tersebut bermula di bulatan Unimas, melintasi Samarindah hingga ke Jalan Penrissen (Batu 8). Dalam video saya tak pandu sampai ke sana, tapi sebaliknya guna jalan Stakan untuk ke Kota Sentosa (Batu 7).

Terdapat beberapa tempat tumpuan ramai sepanjang laluan ini:

  • Pasaraya Farley, Bandar Riyal
  • Warong Kak Darot, dekat Kampung Stakan Melayu
  • Sentosa Sports Center
  • Sentosa Theme Park
  • The Borneo House Museum

Tonton video ini di :

▶ https://youtu.be/j-PVdtduNMc

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/06/27/fadillah-road-upgrading-project-would-help-resolve-traffic-congestion-in-kota-samarahan/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/238237524412731/

Tulis komen: