Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Akibat kerap keluar topik

Jumaat, 26 April 2019, 5:44 pm0

Dalam membincangkan satu-satu topik, kita hendaklah kekal di dalam konteks. Apa itu konteks?

Konteks boleh diandaikan sebagai persekitaran untuk sesuatu topik. Keadaan persekitaran ini hendaklah bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.

Persekitaran yang disebut di sini boleh jadi orang yang berkenaan dengan topik, atau satu situasi yang khusus, atau tempoh masa yang tertentu, atau juga satu nilai atau norma yang diterima masyarakat, yang turut berkenaan dengan topik.

Pendek kata, konteks adalah ruang sempadan kepada topik.

Jika kita sering berbincang luar dari konteks atau keluar dari tajuk, ini yang menyebabkan timbul banyak masalah yang tidak sepatutnya.

Contohnya, perbincangan berkenaan menjalankan bisnes, tidak dapat dicampur aduk dengan konteks sebagai pembeli. Ini kerana mindset dan kepentingan yang berbeza – orang bisnes mementingkan perkara seperti aliran tunai, pemasaran dan lain-lain, manakala pembeli hanya mahukan harga barang yang murah.

Jalan penyelesaian boleh jadi punca masalah, kalau kerap bercakap di luar konteks.

Oleh itu, apabila kita sedang berbincang atau berbual-bual, kena sedar apakah topik yang sedang dibincangkan dan konteks perbincangan. Boleh jadi topik itu kita tahu dengan mendalam, tapi konteksnya berkenaan situasi atau orang yang kita tidak kenali, jadi kena hati-hati.

Nak bincang pelbagai topik, boleh, tapi kena habiskan satu persatu. Tengok apa tujuan kita berbincang, sama ada untuk memaklumkan atau mencari keputusan. Berbual kosong lebih kepada memaklumkan, jadi apabila orang yang terlibat dalam perbincangan maklum, bolehlah kita tukar ke topik seterusnya, supaya tiada yang terpinga-pinga, bila masa pulak tukar cakap hal yang lain ni?

Ok, faham? Baik, seterusnya.

Selain posting berkenaan kerja-kerja projek sampingan, saya ada banyak perkara dan idea yang ingin dikongsi pada masa akan datang, namun saya ingin menjelaskan perkara ini terlebih dahulu. Kebanyakan topik yang akan dibincangkan adalah tertakluk kepada konteks tertentu, dan sebarang maklumbalas yang keluar topik tidak akan diendahkan 🙉.

Facebook
Instagram

Tulis komen: