Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Macam betul-betuuul

Selasa, 30 April 2019, 8:09 pm0

① – Kesemua saluran TV daripada RTM sudah bertukar kepada siaran HD (definisi tinggi) – TV1, TV2, TV Okey, HD Sports dan BES – siap dengan maklumat program dan sarikata interaktif (boleh pilih bahasa, atau nyahaktif).

Saya masih ingat lagi semasa masih mengikuti rancangan gusti WWE Raw dan Smackdown setiap minggu pada tahun 2008, apabila WWE mula menyiarkan dalam HD, yang nampak berbeza ialah gambar semakin lebar 😅.

Resolusi gambar TV analog adalah 576×520 dengan nisbah aspek 4:3, manakala siaran TV digital yang dikendalikan oleh Myfreeview adalah 1920×1080, nisbah aspek 16:9, yang juga dikenali sebagai Full HD.

World Cup mula bersiaran dalam HD pada tahun 2006, tapi rumah kami waktu itu belum ada Astro lagi jadi hanya dapat menikmati paparan HD pada World Cup 2010. Astro pula mula menyiarkan rancangan HD dengan menawarkan pakej Astro B.yond pada 2009.

② – Walaupun siaran HD sudah dapat digunakan seluruh negara, saya harap pihak penyiar akan menambah satu ciri menarik yang saya temui semasa menonton Running Man, iaitu pemasa undur ketika iklan.

Pemasa ini menunjukkan berapa saat lagi tinggal sebelum rancangan akan bersambung semula. Sama seperti ciri iklan yang dijumpai semasa menonton video di Youtube atau di Facebook. Penonton boleh tahu berapa lama iklan akan dimainkan, dan jika tak mahu melihat iklan boleh bertukar saluran atau buat benda lain dahulu.

Esok cuti hari pekerja, selamat berehat sambil menonton TV HD, jangan sampai masuk dalam TV macam makcik betuuul² 😆.

Facebook
Instagram

Tulis komen: