Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tanaman cili padi — semaian

Jumaat, 22 November 2019, 6:00 pm0

Ini adalah kali ketiga saya menanam cili secara pukal. Yang pertama adalah pada awal tahun lalu, cili besar dan cili geronong disemai di rumah kemudian dipindahkan ke tanah kebun kami di kampung. Kali kedua adalah juga pada tahun lalu, beberapa jenis cili ditanam di belakang rumah sewa kami di sini.

Macam ni rupa cili padi. (Kredit: keluarga.my)

Kali ini saya memfokuskan kepada cili padi sahaja, dan akan ditanam lagi sekali di belakang rumah sewa, tapi menggunakan polibag.

① – Anak cili baru tumbuh berumur 2 minggu. Saya membubuh banyak benih dalam satu lubang semaian, sebab tak pasti kadar percambahan benih ini yang saya ambil daripada buah cili.

② – Anak cili berumur 4 minggu, ia disiram secara manual menggunakan penyembur sekali setiap hari. Apabila menyiram, sebaiknya biarlah sampai tanah semaian betul² basah dan sedikit bertakung supaya tanah yang di berada di lapisan bawah lubang semaian juga mendapat air, seterusnya mampu mengekalkan kelembapan pada tempoh yang lebih lama.

Pada minggu ke-6, saya membuang lebihan anak cili dalam setiap lubang semaian dan membiarkan hanya satu anak pokok untuk terus hidup.

③ – Anak pokok cili berumur 8 minggu.

④ – Anak pokok cili berumur 9 minggu.

Anak² pokok cili ini akan dipindahkan ke dalam polibag pada minggu ke-10, dan polibag ini akan disusun di belakang rumah sewa kami, dan perinciannya akan saya kongsi minggu hadapan.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan penanaman cili dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Tulis komen: