Gaya hidup minimalis
Jumaat, 14 Februari 2020, 6:02 pm0
Hoarding disorder – kecenderungan seseorang untuk menyimpan barang² yang dia rasa berguna, walaupun barang tersebut sudah layak digelar sampah.
Setiap drpd kita mesti ada tabiat menyimpan sesuatu barang, dengan anggapan nanti² kita akan memerlukan barang tersebut.
Tapi sebenarnya kita tak perlu sangat pun untuk simpan barang tersebut. Contohnya macam bekas botol terpakai ni, ataupun apa² bekas bungkusan yang cantik. Tapi tak terhad kepada apa yg saya dah sebutkan di atas, banyak lagi benda² pelik yg dikumpul.
Barang² yg dikumpul ni hanya mengambil ruang simpanan di rumah saja kalau tak diuruskan dengan betul. Lebih teruk, ia mengotorkan rumah atau menjadi sarang haiwan perosak, seperti lipas, cicak atau tikus.
Setiap drpd kita ada tabiat hoarding, iaitu menyimpan barang² yg rasanya berguna untuk diri.
Sebaiknya kita selalu menilai, adakah perlu untuk simpan barang yg kita rasa berguna itu.
Perlukah simpan bekas terpakai ni? Yg dah banyak simpan tu nak buat apa?
Barang² yang dapat dikitar semula, hendaklah dikitar atau digunakan semula secepat mungkin. Tetapkan masa, contohnya, dalam seminggu, bekas² terpakai yang ada mesti telah diguna atau dikitar semula. Kalau tak, mesti buang. Jangan rasa kesian.
Bila dah dibuang, lihat balik ruang simpanan atau kawasan rumah tadi, kan dah bersih semula. Lagi lapang rasa diri, tak terbeban dengan barang² lama yg kita sendiri tak tahu bila nak digunakan semula.
Selain barang² terpakai, kita juga selalu menyimpan barang² lama yg kita guna atau kumpul sewaktu umur muda dulu. Ini lebih kepada mereka yang dah berumur sikit, dalam 30 tahun ke atas, macam saya .
Contohnya macam baju², buku², album², barang² elektronik, cenderahati, segala macam ‘kraftangan’ yg pernah dibuat sendiri. Bagi yang menghargai nilai nostalgik barang² ni, pasti akan menyimpannya, dan menyebabkan ruang simpanan dalam bilik jadi penuh .
Oleh itu, saranan saya, jika ada barang yang masih boleh dipakai, jualkan, atau dermakan pada orang lain. Anda akan dapat duit (kalau dijual) ataupun dapat pahala (kalau diderma), dan akan dapat balik ruang simpanan dalam rumah atau bilik.
Jika barang itu langsung tak dapat pakai lagi, tengok kalau dapat dikitar semula, hantarkan ke pusat pengumpulan. Kalau tak, buang sajalah, jangan rasa kesian nak buang. Sebab, dengan membuang barang yg tidak dapat diguna lagi, walaupun anda rasa sayang kpd brg itu, ia akan membebaskan mental dan emosi anda yg terikat kepada barang tersebut.
Kalau anda masih mahukan nilai nostalgik barang tersebut, ambilkan gambar, dan simpan gambarnya saja. Anda sebenarnya mahu menyimpan memori pada objek tersebut, dan bukannya objek fizikalnya, yang akan mengambil banyak ruang simpanan dalam rumah.
Kenapa penting sangat nak kosongkan ruang simpanan rumah?
Sebab mudah nak kemaskan rumah mengikut tema minimalis – ruang yg luas dan warna yg terang. Dan rumah yg kemas ini akan menghasilkan fikiran yg tersusun dan emosi yg tenang.
Buah abiu (pouteria caimito), dapat dari kebun, terus makan
15 Februari 2020
Trivia, dlm bentuk source code (JS)
13 Februari 2020