Tonton MyTV dilengkapi info rancangan semasa di smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Part 3 minimalis

wm_85233920_111678193735332_7504810022333841408_n.jpg

Isnin, 10 Februari 2020, 7:45 pm0

Selain barang² terpakai, kita juga selalu menyimpan barang² lama yg kita guna atau kumpul sewaktu umur muda dulu. Ini lebih kepada mereka yang dah berumur sikit, dalam 30 tahun ke atas, macam saya 😎.

Contohnya macam baju², buku², album², barang² elektronik, cenderahati, segala macam ‘kraftangan’ yg pernah dibuat sendiri. Bagi yang menghargai nilai nostalgik barang² ni, pasti akan menyimpannya, dan menyebabkan ruang simpanan dalam bilik jadi penuh 😣.

Oleh itu, saranan saya, jika ada barang yang masih boleh dipakai, jualkan, atau dermakan pada orang lain. Anda akan dapat duit (kalau dijual) ataupun dapat pahala (kalau diderma), dan akan dapat balik ruang simpanan dalam rumah atau bilik.

Jika barang itu langsung tak dapat pakai lagi, tengok kalau dapat dikitar semula, hantarkan ke pusat pengumpulan. Kalau tak, buang sajalah, jangan rasa kesian nak buang. Sebab, dengan membuang barang yg tidak dapat diguna lagi, walaupun anda rasa sayang kpd brg itu, ia akan membebaskan mental dan emosi anda yg terikat kepada barang tersebut.

Kalau anda masih mahukan nilai nostalgik barang tersebut, ambilkan gambar, dan simpan gambarnya saja. Anda sebenarnya mahu menyimpan memori pada objek tersebut, dan bukannya objek fizikalnya, yang akan mengambil banyak ruang simpanan dalam rumah.

Kenapa penting sangat nak kosongkan ruang simpanan rumah?

Sebab mudah nak kemaskan rumah mengikut tema minimalis – ruang yg luas dan warna yg terang. Dan rumah yg kemas ini akan menghasilkan fikiran yg tersusun dan emosi yg tenang.

Part 2 minimalis

10 Februari 2020

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/111678187068666/

Tulis komen: