Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kenapa ada paku dalam kotak ubat ?

wm_90230924_128263478743470_2505488748582535168_n.jpg
wm_90332853_128263548743463_4966749053527261184_n.jpg

Ahad, 22 Mac 2020, 11:40 am0

Kotak / first aid kit ini saya beli dari Watson, beberapa tahun lalu, lebih 50 ringgit rasanya, dah tak berapa ingat 😅.

Dalamnya kira lengkap dengan barang² diperlukan untuk pertolongan cemas (first aid), seperti antiseptik, ubat kuning, kapas, bandage, pin, gunting, plaster, ubat mata, panadol, minyak angin dsb.

Barang² ubat ini ada tarikh luput sendiri. 4 barang yg saya tunjukkan di sini – ubat kuning, antiseptik, ubat titis mata & ubat ulser dah expired tahun lalu. Mesti ganti dgn yg baru, kalau tak, keberkesanan ubat itu akan berkurangan, mendedahkan diri anda kepada jangkitan / penyakit lain.

Tapi bila tengok senarai barang² dalam kotak ubat ini, saya hairan kenapa perlu ada sekali paku konkrit? Ada siapa² dapat jawab 🤔?

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/128263568743461/

Tulis komen: