Pasang dashcam hardwire kit DIY untuk Perodua Viva

Jumaat, 22 Oktober 2021, 7:50 pm1,223

Tujuan saya buat sambungan hardwire ke sistem elektrikal ialah supaya mengurangkan kabel USB ke adapter di pencucuh rokok atau soket 12V. Port USB dari soket 12V tu pula boleh guna untuk cas lebih banyak peranti elektronik lain.

244639346_405062011063614_584004296370381829_n.jpg

① – Ini hardwire kit yang saya guna, boleh order di Shopee ⁽¹⁾. Kit yang ini datang dengan soket micro USB, jadi kalau dashcam korang guna jenis USB yang lain, seperti mini USB (lebih tebal daripada micro USB), kena pilih kit yang sesuai.

246010131_405062037730278_5645834130421846815_n.jpg

② – Kotak fius dalam Perodua Viva ada kat sebelah kiri glove box. Kena buka & alihkan glove box, dan buka penutup plastik hitam kat sebelah kiri.

Cara pemasangan ada dijelaskan dalam manual hardwire kit ini. Secara mudahnya, kena cucuk fuse holder yang ada kabel merah tu ke salah satu alur di kotak fius ini. Saya pilih fius untuk CIG (cigarette lighter / pencucuh rokok / soket 12V kat dashboard).

Cabut fius asal menggunakan plier, letak fius asal kat fuse holder & pasang juga fius berwarna ungu yang datang bersama kit ini, kemudian cucuk fuse holder tersebut ke alur fius CIG tadi.

247929664_405062041063611_7946413786033260711_n.jpg

③ – Kabel fuse holder ni disambungkan ke wayar merah pada kabel USB. Wayar hitam pula disambung ke bahagian besi badan kereta. Saya ikat wayar hitam ni kat bolt yang ada kat bahagian bawah glove box ni, arrow warna merah.

247823754_405062034396945_461470926773789380_n.jpg

④ – Akhir sekali, kemaskan laluan kabel² ini semua, dengan menyelitkan kabel ke dalam trim bumbung kereta / roof liner.

Dashcam yang saya guna pun dah tukar baru, brand 70Mai model D08 ⁽²⁾. Pemasangan secara lekat terus pada windscreen, tak perlu suction cup, yang mana dashcam² sebelum ni banyak yang patah plastik untuk suction cup sebab rosak kena panas.

Yang bagusnya model dashcam ini, ia ada module untuk GPS, boleh la nanti kalau jalan² ke tempat baru, nak track map perjalanan pun dapat, cuma tak tahu macam mana data GPS tu akan disimpan dalam video. Module GPS ni boleh beli sekali atau berasingan ⁽³⁾.

⁽¹⁾ https://invol.co/cl6u46a
⁽²⁾ https://invol.co/cl6u4j0
⁽³⁾ https://invol.co/cl6u4on

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/405062127730269/

Tulis komen:

Buat kopi McD homemade

23 Oktober 2021

Salmon mania 🐟

21 Oktober 2021