Perintah kawalan pergerakan (bersyarat) dilanjutkan sehingga 9/6/2020, iaitu 4 minggu lagi

wm_96831075_143961413840343_8289629426396692480_n.jpg

Ahad, 10 Mei 2020, 2:35 pm455

Apa khabar saudara dan saudari semua? 😁

Ok, ini beberapa ringkasan ucapan tadi:

  • Balik kampung tak dibenarkan! Berkumpul beraya tak boleh! Termasuk nak bergawai dgn tadau kaamatan.
  • Namun, kelonggaran diberi kepada ahli keluarga yang tinggal berjauhan sejak mula untuk melakukan pergerakan rentas sempadan negeri untuk kembali ke pangkuan keluarga masing². Apply guna app Gerak Malaysia, atau melalui balai polis terdekat
  • Bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak, tempoh rayuan dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.
  • Beberapa minggu akan datang adalah tempoh kritikal untuk negara. Jika terdapat peningkatan kes yang ketara, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (EMCO) akan dilaksanakan di kawasan bertumpu.

Akhir sekali, pemasangan Dendang Perantau adalah dihadkan sama sekali 😂 untuk mengurangkan rasa sedih orang ramai takpat balik .

Pasang la lagu raya rock la wei, baru syok! 🤘🏻

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/143961410507010/

Tulis komen: