Perintah Kawalan Pergerakan kembali di 6 negeri, 13/1/2021 hingga 26/1/2021

Isnin, 11 Januari 2021, 6:45 pm

Perintah Kawalan Pergerakan kembali di 6 negeri, 13/1/2021 hingga 26/1/2021.

Lama dah tak tengok pengumuman oleh . Ucapan waktu tahun baru pun tak sempat tengok, TV hotel tak ada signal 😅.

Ini cerita terbaru ⁽¹⁾:

  • PKP – Penang, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan), Johor, Sabah & Melaka.
  • PKPB (bersyarat) – Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan.
  • PKPP (pemulihan) – Perlis & Sarawak

Rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara 🚧.

Untuk negeri² dikenakan PKP:

  • Rentas daerah tak dibenarkan.
  • 2 orang anggota isi rumah dibenarkan keluar rumah, dalam 10 km radius.
  • Kedai makan hanya bawa balik (takeout) dibenarkan.
  • Hanya 5 orang AJK dibenarkan berada di masjid atau rumah ibadat.

Untuk Sarawak, PKPB juga akan dilaksanakan di zon merah iaitu:

  • Zon Kuching (Kuching, Samarahan & Serian)
  • Zon Sibu (Sibu & Sarikei)
  • Zon Miri (Daerah Miri)

Pergerakan antara zon tidak dibenarkan tanpa permit polis ⁽²⁾.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/3066662693436616
⁽²⁾ https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/739312056781565

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/230463848523432/

Tulis komen: