Nak tahu bagaimana rupa yang dilihat oleh orang yang mengalami beberapa jenis rabun?
Ahad, 14 Jun 2020, 10:55 am
Google Chrome 83 telah memasukkan ciri emulate vision deficiencies ke dalam DevTools, di mana paparan laman web akan diubah dengan menerapkan contoh penglihatan beberapa masalah #rabun.
Ciri ini berguna untuk pereka web #webdev untuk menghasilkan laman web yang mesra pengguna bermasalah penglihatan.

① – Ini gambar asal tanpa rabun.
Dan berikut adalah antara contoh rabun yang terdapat pada ciri terbaru ini:

② – Rabun dekat / jauh = pemandangan menjadi kabur (blurred vision).

③ – Protanopia = sejenis rabun warna, tidak dapat melihat warna merah.

④ – Deuteranopia = sejenis rabun warna, tak dapat melihat warna hijau.

⑤ – Tritanopia = sejenis rabun warna, tak dapat melihat warna biru.

⑥ – Akromatopsia = sejenis rabun warna jarang berlaku, tak dapat melihat apa² warna kecuali tona warna kelabu.
Masak ayam kukus atas nasi kena buang kulit
15 Jun 2020
Harga bahan api fosil minggu ke-3 Jun 2020
13 Jun 2020