Nak tahu bagaimana rupa yang dilihat oleh orang yang mengalami beberapa jenis rabun?

Ahad, 14 Jun 2020, 10:55 am

Nak tahu bagaimana rupa yang dilihat oleh orang yang mengalami beberapa jenis rabun?

Google Chrome 83 telah memasukkan ciri emulate vision deficiencies ke dalam DevTools, di mana paparan laman web akan diubah dengan menerapkan contoh penglihatan beberapa masalah .

Ciri ini berguna untuk pereka web untuk menghasilkan laman web yang mesra pengguna bermasalah penglihatan.

① – Ini gambar asal tanpa rabun.

Dan berikut adalah antara contoh rabun yang terdapat pada ciri terbaru ini:

② – Rabun dekat / jauh = pemandangan menjadi kabur (blurred vision).

③ – Protanopia = sejenis rabun warna, tidak dapat melihat warna merah.

④ – Deuteranopia = sejenis rabun warna, tak dapat melihat warna hijau.

⑤ – Tritanopia = sejenis rabun warna, tak dapat melihat warna biru.

⑥ – Akromatopsia = sejenis rabun warna jarang berlaku, tak dapat melihat apa² warna kecuali tona warna kelabu.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/153571169546034/

Tulis komen: