Pelan jana semula ekonomi negara (Penjana)

103100486_151279006441917_5719204504625217536_n.jpg

Jumaat, 5 Jun 2020, 4:25 pm337

Ok, memang banyak butiran yang diperkenalkan oleh PM dalam ucapan kali ni. Ini antara beberapa perkara yang saya sempat ambil nota:

  • Pengecualian cukai pendapatan jika majikan belikan peralatan seperti laptop & telefon pintar untuk kegunaan untuk kerja dari rumah.
  • Internet percuma sebanyak 1GB (sehingga hujung tahun) untuk membantu kerja dari rumah atau belajar dari rumah, untuk buat panggilan video, termasuk untuk melawat laman web berkaitan kerajaan.
  • Geran bantuan kepada PKS untuk pendigitalan operasi perniagaan. Ini ada peluang bisnes, PM tepi 😁.
  • Pengecualian duti setem untuk pembelian rumah. Yang nak beli rumah dapat kurangkan beban sikit.
  • Pengecualian cukai jualan 100% kereta pemasangan tempatan (CKD) dan 50% kereta pemasangan luar (CBU). Harapnya harga kereta ada kurang sikit.
  • Pelarasan masa operasi UTC. Tak la nanti pergi UTC Kuching lain masa buka, UTC Sibu lain, UTC Miri lain.
  • Terdapat pengecualian cukai pelancongan dan cukai² lain berkaitan pelancongan, tak berapa tangkap tadi. Lepas ni saya plan nak buat travel series ke seluruh Borneo, harapnya kos penginapan & melancong tak naik. Kalau turun bagus jugak, jimat sikit .
  • Skim pembiayaan agromakanan, menggalakkan pertanian bandar. Mari belajar tanam sayur secara hidroponik / akuaponik & masukkan elemen automasi.
  • Penggubalan rang undang² Covid-19. Kalau ada bisnes atau individu yang tak mampu untuk mematuhi kontrak atau agreement, rang undang² ini adalah untuk melindungi mereka daripada diisytihar muflis / bankrap.
  • Sukuk PRIHATIN RM 500 juta. Ini untuk para pelabur untuk menambah portfolio pelaburan mereka, sambil membantu peniaga seluruh negara.

Antara nama yang disebut PM kali ni, Kak Rabiah pengusaha taska & Datuk Lim businessman. Macam nama cikgu kat sekolah Sainsku dulu ✌🏻.

Infografik untuk butiran lanjut: https://www.facebook.com/214066990599/posts/10158498118075600/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/151278999775251/

Tulis komen: