Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 1

Khamis, 13 Ogos 2020, 11:25 am

Buat jalan depan rumah kebun , minggu 1.

Projek korek² tanah kat rumah bermula. Saya dengan adik saya menggunakan cangkul untuk membuang rumput dan tanah pada permukaan. Kaedah yang kami guna adalah dengan mengorek lapisan demi lapisan tanah sehingga dapat kecerunan permukaan jalan yang dikehendaki.

117444705_169826107920540_5682363277835394852_n.jpg

① – Dah habis korek dari depan rumah hingga ke pagar. Agak sukar nak kerjakan tanah ni sebab banyak batu dan akar tumbuhan termasuk akar pokok rambutan yang besar kat sebelah kanan tu.

Pastu cangkul pun ada satu dengan pemegang yang OK, cukup berat untuk mengorek tanah. Satu lagi cangkul adik saya DIY-kan pemegang dia, tapi hanya ada jumpa kayu yang ringan yang dapat dibuat pemegang, terpaksa hayun cangkul kuat² untuk masuk ke dalam tanah.

117150778_169826134587204_5747287173757889336_n.jpg

② – Dari sini sampai ke depan pagar, ambil masa kira² 3 jam lebih nak korek buang rumput & tanah. Letih woo exercise cardio 💪🏻🥵.

Pakcik kitorang ada datang tengok² jadi ‘supervisa’ 🤠. Bincang punya bincang, nanti minggu depan dia nak bagi pinjam pencakar supaya senang nak korek tanah, dan jugak nanti dia guna chainsaw saja untuk potong akar rambutan yang ada di laluan (pokok sebelah kiri).

117531407_169826164587201_7995599483441910459_n.jpg

③ – Tanah dan rumput yang dikorek tadi dikumpulkan di depan rumah untuk meninggikan permukaan tanah sini, sebab bila hujan, air selalu bertakung di sini.

Lagipun nanti kereta nak masuk senang saja, permukaan jalan sama rata dengan depan rumah.

Nak dijadikan cerita, tangan saya disengat 2 kali hari tu, first waktu tutup pagar, mungkin kena semut api, lepas tu waktu tengah rehat² semasa kerja korek tanah, mungkin kena penyengat kecil tu, tak tau apa nama dia. Balik rumah malam hari, tangan sebelah kiri lagi besar dari tangan kanan 🤕.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: