Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 5

Rabu, 19 Ogos 2020, 11:55 am1,506

Buat jalan depan rumah kebun , minggu 5.

Projek kat rumah part korek² tanah dah nak habis.

① – Lapisan ke-3 tanah dah dikorek sampai habis, menghampiri pagar. Tapi tak betul² kat pagar, sebab pintu pagar tu nak dialihkan ke dalam sikit nanti.

Nanti jugak mungkin akan tebang dahan rambutan yang kat atas jalan ni. Dah macam nak kena Unser tu.

② – Tanah kat depan rumah ni dah diratakan habis. Sekarang hanya nak dibiarkan untuk beberapa minggu supaya mendap & padat, sebelum dilapis dengan batu.

③ – Sekarang jalan ni dah sama level dengan lantai depan rumah. Kiranya projek ni, untuk fasa ini, dah siap 😄.

Masih ada lagi fasa lain, tunggu~.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/171294744440343/

Tulis komen: