Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 2

14 August 2020, 11:40 am

Buat jalan depan rumah kebun #DIY, minggu 2.

Sambung lagi projek #buatjalan kat rumah #kebun #Serian.

① – Minggu lalu lapisan pertama, yang ni lapisan ke-2 permukaan tanah kami korek lagi, tapi tak sampai habis ke pagar, sebab nak bagi kurang sedikit curam kat bahagian ni. Tak la kereta bila lalu tersangkut kat bahagian bawah.

Kaedah yang kami gunakan di sini, menggunakan cakar tanah untuk gali permukaan tanah, dalam kira² 4-6 inci, untuk menggemburkan permukaan tanah. Lepas tu guna cangkul untuk kumpul & ratakan tanah tadi.

② – Kemudian dengan menggunakan bakul tanah, angkut tanah ke dalam kereta sorong dan pindahkan ke kawasan depan rumah ni.

Kali ni pun masa kerja kira² dalam 3 jam, tapi mungkin sebab cuaca yang agak panas & kering, bila dah nak balik saya rasa badan panas nak demam. Nasib baik dapat panadol daripada pakcik saya, kalau tak, tak lepas nak masuk kedai makan orang check tembak suhu dahi 🤒.

Hari ni dah ready bawa ubat minyak gamat, nasib tak da kena sengat lagi.

Pin It Send Copy Link

Komentar :