Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 4
Selasa, 18 Ogos 2020, 11:00 am0
Ada lagi sambungan projek #buatjalan kat rumah #kebun #Serian ni.
① – Minggu ni proses mengorek tanah lapisan ke-3 hanya siap ¾ saja, lepas tu hari pun hujan.
Sedikit tanah dipindahkan ke tepi rumah sini, bagi mengawal aliran air hujan yang selalu akan bertakung di tepi rumah. Air hujan sebaiknya mengalir menjauhi rumah, kalau bertakung kat tepi rumah, mungkin memberi kesan kepada asas tapak rumah.
② – Tanah yang kat depan rumah pun dah diratakan sedikit. Bagus jugak ada hujan turun, dapat tolong mendapkan & padatkan tanah yang baru dipindahkan tu, sambil kami berjalan & pijak² tanah tu.
Tanah kat jalan yang baru dikorek tu licin kena hujan, hampir² Unser ni tersangkut tak dapat nak gostan.
Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 5
19 Ogos 2020
Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 3
17 Ogos 2020