3 hari berturut² kemalangan objek jatuh menimpa kereta

Rabu, 23 September 2020, 11:15 am711

120079273_180422130194271_8144520608527318961_n.jpg

① – 19/9 – Proton Saga dipandu seorang wanita ditimpa dinding parapet konkrit yang jatuh dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ⁽¹⁾. Mujur mangsa tidak maut, hanya mengalami patah tangan & tulang selangka ⁽²⁾.

120109647_180422156860935_5268714492604659250_n.jpg

② – 20/9 – Perodua Myvi dipandu seorang wanita ditimpa besi menara kren yang jatuh dari sebuah treler di SS2/24, Petaling Jaya ⁽³⁾. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun keretanya rosak secara keseluruhan.

120101927_180422190194265_6455080346073250032_n.jpg

③ – 21/9 – Proton Saga dipandu seorang pemandu e-hailing dihempap cangkuk kren yang bergerak di belakang kereta berkenaan di Jalan Len Seng, Cheras ⁽⁴⁾. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagi mangsa, doakan semoga cepat sembuh. Bagi pihak bertanggungjawab, perbaiki punca kemalangan. Bagi para pembaca, sebelum keluar memandu, baca bismillah 🤲🏻.

⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733119/wanita-terselamat-kereta-remuk-dihempap-batu-konkrit
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733352/mangsa-kereta-ditimpa-konkrit-patah-tangan-tulang-selangka
⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733154/kereta-ditimpa-besi-menara-kren-terjatuh-dari-treler
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733489/pemandu-selamat-cangkuk-kren-hempap-kereta

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/180422223527595/

Tulis komen: