Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pertolongan cemas jika tercekik

Jumaat, 22 Mei 2020, 3:00 pm0

Berita hari ini, kanak² di Labuan mati tercekik gula² jeli ⁽¹⁾. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Berita ini membuatkan saya teringat waktu kecil² dulu pun saya ada beberapa kali tercekik makanan. Pernah sekali makan gula² kopiko, lepas tu pergi berekot dan melompat² dan tiba² tercekik. Ada pula saya tercekik bila makan daging dalam mi kolok, daging jenis tendon yang bila kunyah lambat nak hancur tu. Bila cuba nak telan, tersangkut kat tekak.

Nasib kedua² insiden ini makanan yang tercekik tu dapat dikeluarkan.

Oleh itu saya nak kongsikan kepada anda jika ahli keluarga, kawan atau orang terdekat mengalami tercekik, ini cara pertolongan cemas untuk merawatnya ⁽²⁾.

Pertama sekali, pastikan mangsa boleh bercakap atau batuk, dan cuba keluarkan benda asing yang tersangkut dalam mulut menggunakan jari.

Jika gagal, gunakan kaedah berikut:

99295192_147452910157860_1910279158362013696_n.jpg

① – Bagi bayi di bawah 1 tahun, tiarapkan bayi dan tepuk belakang bayi sebanyak 5 kali. Kemudian, terlentangkan bayi dan keluarkan benda asing jika kelihatan.

100063182_147452943491190_2033270456030593024_n.jpg

② – Untuk kanak² lebih 1 tahun dan dewasa, bongkokkan mangsa dan tepuk belakang badan sebanyak 5 kali. Jika gagal, ulang lagi tepuk belakang dengan posisi kepala lebih rendah.

99247262_147452973491187_3541688126009245696_n.jpg

③ – Jika masih gagal, lakukan Heimlich Manoeuvre (tekanan pada bahagian diafragma). Tekan abdomen dengan gerakan cepat ke arah dalam dan ke atas, seperti hendak ‘mengepam’ perut ke luar.

Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, lakukan CPR dan hubungi ambulans.

Kredit gambar dari https://www.amazon.com/Choking-Poster-Infants-Pregnants-Laminated/dp/B07CZ26STT

⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/691696/budak-lelaki-maut-tercekik-gula-gula-jeli
⁽²⁾ http://www.myhealth.gov.my/tersumbat-tersekat-bendasing-rawatan-awal/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/147452993491185/

Tulis komen: