Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Brek! Rim besi!

121017466_183955746507576_1855143475354774193_n.jpg

Rabu, 7 Oktober 2020, 3:00 pm0

Antara kesan sampingan membuat modifikasi ialah, apabila kuasa enjin dah naik, kuasa membrek pula berkurang. Apabila brek dengan kuat, brake pad & disc cepat jadi terlalu panas hingga mengurangkan cengkaman brek & melambatkan proses memperlahankan & menghentikan kereta. Ini disebabkan saiz brake pad & disc yang sudah kurang sesuai, di samping saiz tayar yang juga memainkan peranan.

Buat masa sekarang, saya ni masih menggunakan rim besi 12 inci, tayar 155/70, original spec. Nanti² saya nak tukar brake disc yang diambil dari Avy, jenis ventilated disc berbanding original Viva solid disc. Tapi disebabkan diameter brake disc tu lebih besar, rim 12” ni tak muat, kena tukar ke rim yang lebih besar. Saya plan nak tukar ke rim Axia 14”, tapi tayar guna 175/55, nipis sikit supaya masih ada ruang kat wheel arch.

Kat Thailand ada Mae Hong Son loop, tapi kat sini boleh la buat sendiri Bau-Serian loop. Kat sana boleh sampai 4 hari nak habiskan satu pusingan, kat sini cukuplah sehari suntuk 😅. Hujung minggu ni kalau cuaca bagus, sambung balik buat 🚙.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/183955743174243/

Pingback: Buat tyre rotation lagi, dah lebih 10,000 km.

Pingback: Buat tyre rotation lagi, dah lebih 10,000 km

Tulis komen: