Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

VW Golf R Mk8 hingga Mk5

Rabu, 4 November 2020, 4:20 pm0

Dalam model , ada 2 kumpulan varian yang ada dijual di Malaysia, iaitu kumpulan varian standard, direka untuk pemanduan harian, yang terdiri daripada beberapa varian kecil lagi seperti Comfortline, Sportline & R-Line, tapi sesetengah varian ini tak lagi dipasarkan.

Kemudian ada kumpulan varian berprestasi tinggi (performance) seperti GTI dan R. GTI yang bermaksud Grand Tourer Injection, dibina sesuai untuk pemanduan halaju tinggi untuk jarak jauh, seperti perjalanan di lebuhraya. Manakala varian R, bermaksud Racing, pula khas untuk perlumbaan.

123493876_190900575813093_1270154018704696265_n.jpg

① – Golf R Mk8 baru saja dilancarkan hari ini ⁽¹⁾, belum lagi datang Malaysia. Didatangkan dengan enjin EA888 2.0L turbo inline-4, menghasilkan kuasa 315 hp dan 420 Nm torque. 0-100 km/j dalam 4.7 saat, dan kelajuan maksima dihadkan pada 250 km/j. Pilihan gearbox sama ada manual 6-kelajuan ataupun DSG (dual-clutch transmission) 7-kelajuan, dan menggunakan sistem pacuan semua roda (all-wheel drive, AWD) 4Motion.

123624264_190900582479759_4207613756523831890_n.jpg

② – Golf R Mk7.5 dilancarkan di Malaysia pada Mac 2018 ⁽²⁾. Dipasang dengan enjin TSI 2.0L turbo inline-4, menghasilkan kuasa 286 hp pada 5500-6500 rpm dan 380 Nm torque pada 2000-5400 rpm. 0-100 km/j dalam 5.1 saat, dan halaju maksima dihadkan pada 250 km/j. Gearbox pula adalah DSG wet clutch, 7-kelajuan, dan kuasa dihantar ke tayar menggunakan sistem AWD 4Motion. Saiz tayar ialah 235/35 19-inci.

123648232_190900625813088_1725031547767517299_n.jpg

③ – Golf R Mk7 dilancarkan di Malaysia pada Jun 2014 ⁽³⁾. Didatangkan dengan enjin TSI 2.0L turbo inline-4, menghasilkan kuasa 276 hp pada 5700-6200 rpm dan 380 Nm torque pada 1750-5600 rpm. 0-100 km/j dalam 5.0 saat, dan halaju maksima 250 km/j. Gearbox DSG 6-kelajuan, dan menggunakan sistem AWD 4Motion. Saiz tayar ialah 235/35 19-inci.

123723394_190900589146425_2110721345493133365_n.jpg

④ – Golf R Mk6 dilancarkan pada September 2009 ⁽⁴⁾. Enjin yang digunakan ialah EA113 2.0L turbo inline-4, menghasilkan kuasa 266 hp dan 350 Nm torque pada 2500-5000 rpm. 0-100 km/j dalam 5.7 saat menggunakan gearbox manual, dan 5.5 saat jika menggunakan DSG 6-kelajuan. Sistem pacuan juga AWD 4Motion. Saiz tayar ialah 225/40 18-inci.

123518990_190900635813087_4256223604460621939_n.jpg

⑤ – Untuk Mk5, model ini dinamakan Golf R32, dilancarkan di Malaysia pada November 2007 ⁽⁵⁾. Enjin yang digunakan ialah 3.2L naturally-aspirated V6, menghasilkan kuasa 246 hp pada 6300 rpm dan 320 Nm torque pada 2800 rpm. 0-100 km/j dalam 6.2 saat. Gearbox pula adalah DSG 6-kelajuan, dengan sistem pacuan AWD 4Motion. Saiz tayar ialah 225/40 18-inci.

⁽¹⁾ https://paultan.org/2020/11/04/volkswagen-golf-r-mk8-officially-revealed/
⁽²⁾ https://paultan.org/2018/03/23/2018-volkswagen-golf-r-debuts-in-malaysia-rm296k/
⁽³⁾ https://paultan.org/2014/06/06/volkswagen-golf-r-mk7-on-sale-from-rm246k/
⁽⁴⁾ https://paultan.org/2009/09/16/new-mk6-volkswagen-golf-r-270-ps-with-awd/
⁽⁵⁾ https://paultan.org/2007/11/21/volkswagen-golf-r32-launched-in-malaysia/

😼Rrrrr!

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/190900662479751/

Tulis komen: