Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Guna Chromecast kat Wi-Fi berlainan frekuensi

126025675_194152218821262_8998297258174511572_n.jpg

Selasa, 17 November 2020, 3:35 pm0

Kebanyakan Wi-Fi router sekarang menggunakan 2 jenis frekuensi, 2.4GHz dan 5GHz. Bagi yang memasang Unifi, akan mendapat 2 Wi-Fi hotspot dengan salah satunya dengan nama 5GHz.

Antara kelebihan & kekurangan antara kedua² frekuensi ini:

2.4GHz

  • Kelebihan – capaian lebih jauh, mampu tembusi dinding / halangan dengan lebih baik.
  • Kekurangan – mudah terdedah kepada gangguan, lebih perlahan dalam penghantaran data.

5GHz

  • Kelebihan – kurang terdedah kepada gangguan, lebih laju dalam penghantaran data.
  • Kekurangan – capaian yang tidak jauh, sukar menembusi dinding / halangan.

Sumber: https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia/posts/4616713828403571

Router TP-Link yang saya gunakan ini, saya dapati boleh setkan password berbeza untuk kedua² frekuensi ini. Jadi boleh kawal peranti mana yang akan guna 2.4GHz atau 5GHz.

Sebelum ini saya hanya gunakan frekuensi 2.4GHz, tapi lepas dapati kelebihan menggunakan 5GHz iaitu lebih laju dalam penghantaran data, jadi saya bertukar menggunakan 5GHz.

Tapi saya, generasi pertama, tak dapat disambungkan ke Wi-Fi 5GHz, hanya dapat pada 2.4GHz. Peranti lain seperti Mac mini, laptop, iPad semua dah sambung ke 5GHz.

Jadi dapatkah Chromecast mengakses server Plex kat Mac mini, atau memainkan video Youtube daripada iPad?

Jawapannya boleh. Peranti² yang bersambung walaupun menerusi hotspot berbeza, tetap dikesan sebagai peranti dalam local network yang sama, sebab IP address yang di-allocate masih dalam subnet mask yang sama.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/194152215487929/

Tulis komen: