Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pusat 3S Honda dekat Jalan Merdeka dah siap

131568686_213619913541159_5669022630964319386_n.jpg

Selasa, 15 Disember 2020, 3:00 pm0

Tempat ini bertentangan dengan pusat servis , jadi tiap kali pergi servis, dapat tengok progress binaan bangunan baru ni.

Kawasan jualan dah diisi dengan banner & test drive seperti HRV, tapi bahagian servis masih tutup.

Last servis bulan 3 lalu, sebelum mula PKP. Masa tu bangunan ni masih lagi pasang interior finishing, seperti dinding, plaster, HVAC & wiring elektrik. Tempat menunggu servis Perodua pun dulu ada meja, sekarang tinggal kerusi susun jarak², nak bagi penjarakan fizikal.

Pusat servis lama Honda dengan nama yang sama, Northmont Capital, ada di sebelah pusat servis Perodua, sama baris bangunan. Lepas ni akan berpindah ke bangunan baru.

Tak jumpa pulak Honda City baru torque 250 Nm lebih, kalau ada boleh jugak nak test drive 🛻.

Servis kereta sekarang kena buat appointment, hanya seorang saja yang boleh masuk dalam kedai untuk berurusan. Sebelum ni, ada yang bawa satu keluarga nak pergi servis kereta, dari tok nek sampai cucu cicit, penuh tempat menunggu dah macam playground 🥴.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/213619903541160/

Tulis komen: