PKP seluruh negara dilanjutkan hingga 18/2/2021
Khamis, 4 Februari 2021, 11:15 am0
#MCO di semua negeri & wilayah persekutuan kecuali Sarawak yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 Februari ⁽¹⁾.
Aktiviti merentas negeri masih lagi dilarang, termasuk aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai berkumpul di satu tempat. Sebab ia antara aktiviti yang menyumbang kepada penyebaran penyakit Covid-19 ke merata tempat ⁽²⁾.
Bagi Sarawak pula, seperti di post sebelum ini (https://azwan082.my/post/11010/), seluruh negeri dikenakan PKPB mengikut zon² tertentu, kecuali zon Sibu kena PKP, sehingga 14 Februari ⁽³⁾. Manakala zon Kapit pula dikenakan PKP sehingga 15 Februari ⁽⁴⁾.
Tak dapat la nak sambut Gong Xi Fa Cai dengan Valentine’s Day. Tak payah sambut, biar nya gugok .
#emau si bubu tak senang duduk asyik kena kurung dalam ‘banglo’ .
⁽¹⁾ https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/3121643597938525/
⁽²⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-20-disambung-hingga-18-februari-rentas-negeri-aktiviti-sosial-masih-tidak-dibenarkan-280928
⁽³⁾ https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/747562872623150
⁽⁴⁾ https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/749640465748724
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
4 Februari 2021
3 Februari 2021