Ini baru buku bertemu ruas + keputusan perlawanan ke-4 Liga Super 2021

159903343_269361921300291_3819021524019300959_n.jpg
161345088_269361911300292_6084444230420675481_n.jpg

Khamis, 18 Mac 2021, 1:00 pm810

Sri Pahang vs Sabah – Selepas Dollah Salleh mengambil alih tugas sebagai pengendali Sri Pahang ⁽¹⁾, sudah nampak hasil yang memberangsangkan. Seri pada perlawanan sebelumnya menentang Melaka Utd, kemudian dalam perlawanan ini, berjaya memperoleh kemenangan pertama untuk musim ini.

JDT vs Selangor – Seawal minit ke-7 JDT telah dikejutkan gol awal Selangor oleh Ifedayo. 5 minit kemudian, JDT membalas dengan gol padu oleh Bergson da Silva.

20 minit awal perlawanan bermula rancak, kemudian keadaan sedikit tenang. Kedua pasukan berbalas serangan beberapa kali, namun kredit diberikan kepada keeper Selangor, Khairulazhan & keeper JDT, Farizal Marlias, kerana banyak kali menyelamatkan percubaan berbahaya. Farizal lepas kena gol awal, cepat² keluar dari posisi untuk membuang bola dari kawasan gol.

JDT mendapat 2 sepakan penalti, peluang terbaik untuk mendahului, tapi pada penalti pertama, sepakan Gonzalo Cabrera terlalu tinggi. Penalti kedua pula, Bergson seperti banyak melangkah dan memusingkan arah badan menyebabkan Khairulazhan dapat meneka betul arah sepakan & menepis bola keluar.

16/3
Penang 0 – 0 UiTM
Sri Pahang 2 – 1 Sabah

17/3
KL City 3 – 0 Perak
Terengganu 1 – 1 Melaka Utd
Kedah 3 – 1 PJ City
JDT 1 – 1 Selangor

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT431091810
Terengganu431083510
KL City ↑342115237
Kedah ↑142116427
Selangor ↓141216605
PJ City ↓3412145-15
Penang ↑1412123-15
Melaka Utd ↑140404404
Sri Pahang ↑2411236-34
Perak ↓3411225-34
Sabah ↓1401326-41
UiTM401317-61

⁽¹⁾ https://www.semuanyabola.com/thomas-dooley-direhatkan-dollah-salleh-kembali-jadi-nakhoda-sri-pahang/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/269361947966955/

Pingback: Keputusan perlawanan ke-16 part 1 Liga Super 2022

Tulis komen: