Ini untuk peminat touge, BKSS loop part 5
Sabtu, 22 Mei 2021, 2:00 pm0
Bersambung dari tempat parking Kpg Annah Rais, saya menuju ke simpang jalan Serian-Tebedu, menggunakan jalan yang agak merbahaya, sebab sempit dan banyak selekoh tajam.
Kalau yang minat drive laju² naik turun bukit sambil merasa ambil corner, ini laluan sesuai untuk anda. Tapi saya sarankan lebih berhati² sebab ada tempat yang jalannya ditutup setengah & tak nampak ada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Permukaan jalan pun tak berapa rata, banyak bertampong & nampak terbiar banyak lumut.
Banyak kampung² pedalaman yang dilalui di sini, terutamanya kat Kpg Senah Rayang ada sungai & air terjun yang cantik ⁽¹⁾. Nanti² bila kobit dah reda boleh pergi singgah ‘berpeknik’ .
Tengok video #dashcamdrive ini kat #YT:
⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2014/08/24/kg-senah-rayang-a-model-of-inter-faith-harmony/
Lama dah beli, baru semalam habis baca
21 Mei 2021