Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini dia si caprese itu

220203595_343668547202961_6000691167285627549_n.jpg

Ahad, 18 Julai 2021, 2:55 pm0

Caprese ialah satu menu yang paling mudah untuk disediakan, dalam video pertama Dentan Cooking ⁽¹⁾ pun dia buat menu ini dulu.

Cara buat ni ialah dengan melapiskan potongan tomato dengan keju mozzarella dan daun selasih (basil). Kemudian tuang sedikit minyak zaitun (olive oil) dan bubuh sedikit garam & lada.

Versi caprese saya ni saya takda tomato besar, tomato ceri pun jadilah. Saya juga tukar keju mozzarella kepada keju cheddar. Ini mungkin mempengaruhi rasa asal menu ini, sebab keju cheddar selalunya untuk cheeseburger, manakala mozzarella untuk pizza.

Biasanya caprese ni dimakan seperti salad, tapi saya rasa dengan roti atau nasi mungkin lebih sesuai, lidah orang Asia mungkin 😅.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=bbJASgW7pdw

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/343668597202956/

Tulis komen: