Sambung lagi darurat

Sabtu, 31 Julai 2021, 9:45 pm
#YDPA mengeluarkan proklamasi darurat untuk negeri Sarawak, bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 ⁽¹⁾. Ini berikutan DUN Sarawak yang sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, dan #pilihanraya negeri wajib diadakan dalam tempoh 60 hari, tapi dalam keadaan pandemik #Covid19 sekarang, tak dapat nak keluar buang #undi, nak rentas daerah balik kampung apatah lagi, dan dengan itu darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan pembubaran DUN & pilihanraya negeri ditangguhkan ⁽²⁾.
Yang bagusnya, tak perlulah rakyat berkumpul beramai² berkempen. Yang tak berapa bagusnya, sepanjang tempoh pembubaran DUN ni ditangguhkan, berapa banyak kontrak kerajaan dah kena sain sembunyi² .
⁽¹⁾ https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10159721797325555/10159721796790555
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/845398/agong-isytihar-darurat-gantung-prn-sarawak-hingga-februari-2022