Belum lagi PPN fasa 3 😖

232601549_354596262776856_8128702677256794032_n.jpg

Rabu, 4 Ogos 2021, 8:30 pm

Belum lagi PPN fasa 3 😖.

Sarawak antara negeri yang memasuki fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara hari ini, tapi disebabkan kes yang masih tinggi, zon selatan – Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian & Tebedu masih lagi fasa ke-2 ⁽¹⁾. Bermaksud belum boleh rentas daerah lagi 😫.

Dalam pada itu, berita makin kencang minggu ni. Ini kronologi semasa:

📌 29/7: Kerajaan kata Ordinan Darurat telah dibatalkan, tapi Agong kata pembatalan hendaklah dibentang & dibahaskan dahulu di Dewan Rakyat – www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/844765/kenyataan-penuh-istana-negara-mengenai-kedudukan-ordinan-darurat

📌 31/7: Perhimpunan Belia Keluar dan Lawan – www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/845527/perhimpunan-boleh-jadikan-kes-covid-19-semakin-meningkat

📌 2/8: Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Parlimen yang ditutup – www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/846059/wakil-pembangkang-berkumpul-berdekatan-dataran-merdeka-selepas www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/846070/puluhan-ahli-parlimen-pembangkang-berarak-ke-parlimen

📌 3/8: UMNO tarik sokongan kerajaan PN – www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/846738/umno-tarik-sokongan-kepada-pn-muhyiddin

📌 4/8: kata saya masih PM – www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA/posts/4409552685754510

Usul undi percaya terhadap PM akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat bulan September nanti. Masih ada lagi perkembangan terbaru, tengok nanti apa berlaku – parlimen bubar? perdana menteri interim? kerajaan perpaduan? mageran? 🤷‍♂️

⁽¹⁾ www.facebook.com/242460379800071/posts/851378965574873

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: