Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Merenung ke dalam api

258782125_425814562321692_1302263480282092817_n.jpg

Khamis, 25 November 2021, 6:50 pm0

Kalau nak buat BBQ, saya lebih suka guna kayu² api seperti yang dikumpul dalam post semalam ⁽¹⁾. Lebih² lagi kalau kayu api ini dibakar pada malam hari, ia menyala menghasilkan cahaya yang selesa untuk dilihat, berbanding menggunakan arang komersial yang hanya membara.

Mungkin ramai juga yang suka buat tabiat ini – merenung unggun api yang menyala, terutamanya pada waktu malam. Agaknya tahap kecerahan cahaya api, dengan lenggok pergerakan api, dan haba yang dibekalkan dalam suasana sejuk malam tu memberi sejenis terapi ketenangan kepada manusia.

Falsafah! 😂

Ok, hujung minggu ni BBQ siakap seribu rasa ⁽²⁾ & sotong goreng T20 ⁽³⁾ sambil main game sotong, siapa kalah dia bayar 🦑.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/11/nak-cari-kayu-nak-cari-kayu/
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/884051/siakap-rm119680-pemilik-restoran-beri-penjelasan
⁽³⁾ https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/11/sotong-rm100-restoran-hameediyah-perjelas-hal-sebenar/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/425814588988356/

Tulis komen: