Tangki warna-warni belum ada air

Ahad, 21 November 2021, 10:30 pm683

Tangki warna-warni belum ada air.

Kalau menuju ke , akan dapat lihat beberapa tangki air untuk projek grid air Sarawak. Rumah² kat kampung sekitar dah pasang paip & meter, tapi air belum datang lagi.

Dengar cerita sumber air untuk grid paip air ini datang dari Batu Kitang. Tangki² ini sebagai menambah tekanan (booster) air yang nak dihantar. Jauh betul nak hantar air dari Kuching ke Sebuyau, kenapa tak buat loji rawatan air yang baru untuk setiap bahagian 🤔?

① – Ini menara tangki air yang dah siap dicat kat simpang ke Sebangan.

② – Ini pulak tangki masih dalam pembinaan kat Sebuyau.

③ – Projek Jambatan Batang Lupar, majlis pecah baru saja beberapa bulan lalu. Nampak seperti jambatan ini akan bersambung terus dengan jalan utama ke-2 (second trunk road).

Dari jauh hanya nampak kerja² menyediakan tapak (foundation / earth work). Kerja² membina tiang jambatan kat sungai tak kelihatan, sungai jauh sangat 😅.

④ – Menurut papan tanda projek, jambatan Batang Lupar ini dijadualkan siap Januari 2025. Bila dah siap nanti, ia akan menjadi jambatan terpanjang merentasi sungai. Kalau tak silap panjangnya dalam 4-5km.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/423469915889490/

Tulis komen: