Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bengkel tutup cuti krismas

267989765_441615630741585_5246175029528835636_n.jpg

Selasa, 21 Disember 2021, 10:55 pm0

Kereta belum dapat lagi masuk wad, nak repair problem dengan gear reverse kadang² masuk kadang² tak, ikut mood.

Mungkin nanti nak tukar gearbox lain terus, sekarang ni pun bolt pengikat gearbox dah 2 kali tertanggal sampai senget gearbox. Bila jalan, drive shaft bergesel dengan besi² dekat bawah , nak limpas jalan rosak sikit kena tampong pun kena slow².

Nasib baik Unser dah ok, gegar² kat long shaft dah kurang. Bahagian dalam karpet dah bersih cuci. Seat driver dah tukar, seat lama bila melompat kena bump kat jalan, driver dari duduk menyandar jadi terbaring ke belakang 😅.

Tinggal seat belakang saja lagi nak dicuci guna fabric foam cleaner. Hari tu cuba nak buka fabric seat tu & cuci dalam mesin basuh, tapi nat pengikat terlalu ketat. Bila cuba paksa buka guna tukul, sampai bengkok sepana & mata nat tu pun jadi haus 😬.

Gambar: si bubu ni baru kena mandi, tapi masih nampak kurap² kat badan, ikut tolong pasang arm rest dalam Unser.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/441615664074915/

Tulis komen: