Baru dapat sambung buat squat

274874059_485111469725334_5442644730992685794_n.jpg

Khamis, 3 Mac 2022, 10:30 pm77

Buat sambil tengok video latest Gym Jongkook, dia pergi ajar staff & PD cara yang betul.

Sejak sakit kaki kena gout lebih 2 minggu lalu ⁽¹⁾, saya tak dapat berdiri menggunakan tapak kaki kiri. Sekarang dah semakin kurang sakit, guna cara seperti menggenggam tapak kaki & menggunakan jari kaki untuk berdiri & menampung berat badan.

Buat squat 15 reps 4 set, baru rasa selesa badan, ada berpeluh sikit. Memang betul bersenam ni membantu mood jadi lebih baik, ia meningkatkan penghasilan hormon serotonin.

Semasa sakit² sebelum ni, ada hal kecil di sekeliling pun boleh rasa jadi sensitif, terutamanya menghadap trafik kat Penang ni. Siapa² yang pernah drive kat sini tahu lah macam mana. Orang terhincut² pergi isi petrol kat kereta pun dia dah hon².

Sekarang rasa makin relax sikit, kereta laju² mencucuk kat belakang pastu memintas depan macam orang mabok todi pun dah tak peduli. Berfikir baik jak, mungkin mereka dalam kecemasan, nak cari jamban 😆.

Saya drive relax² pun sampai lebih awal, sebab rumah dekat jak. Tak habis karaoke 3 lagu Wali, tempat parking apartment sudah mari 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/02/4-hari-tak-dapat-berjalan/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/485111553058659/

Tulis komen: